Disebabkan tempat tinggal aku agak jauh dari US Embassy, aku terpaksa merantau jauh untuk stay dekat tempat tinggal member yang berdekatan dengan kawasan yang sama waktu dengan US Embassy. Jadual appoinment aku adalah hari Selasa sesi yang kedua, iaitu pada pukul 8.50 pagi. Oleh kerana masalah transportation dan jalan yang sememangnya sesak time pagi2 orang semua nak bergerak ke tempat kerja, kami tiba juga di US Embassy dalam 8.40pagi.
Melihatkan jam ditangan seperti makin menuju ke arah jam 8.50, kaki dipercepatkan jua ke arah barisan yang memanjang di luar bangunan kedutaan. Tetapi, sebelum itu, pastikan anda bertanya kepada pengawal di situ dahulu tentang appointment time anda sebab takut nanti tak boleh masuk lagi. Apabila dia bagi greenlight je, he will ask you to give ur appointment confirmation page dan IC dekat pondok pengawal dan confirmation page akan distampkan dengan letter A. itu untuk tekan no nanti. Kemudian, kami pun diberikan Visitor Pass yang perlu dipakai sepanjang berada di dalam kedutaan nanti.
Pada yang mungkin akan cepat jemu, bawalah buku / majalah/ novel untuk dibaca kerana waktu menunggu di dalam nanti agak lama. Lagi better kalau pegi dgn kawan-kawan sebab u'll have friends to talk to, tapi kawan yang nak buat visa je laa. kalau kawan yg just nak accompany tu , tak dibenarkan masuk. they'll have to wait outside the building.
Ketika baru nak masuk kedutaan tersebut, beg anda akan diperiksa melalui scanner ala-ala macam dekat airport tu dan kami perlu menyerahkan handphone dipondok yang sama. Selepas selesai screening keselamatan bagai, kaki dilangkahkan menuju ke sebuah bangunan yg pada aku agak antique dan terasa seperti masuk ke tempat yang sememangnya lain. hehe. drama je lebih. Then, masuk je bangunan yg agak nostalgic tu, ada seorang lagi pengawal yang baik hati menunjukkan tempat utk menekan nombor. Tempat untuk mengambil nombor itu agak terselindung di sebelah kiri pintu masuk. Dapat je nombor tersebut, kami berjalan menuju ke ruangan tempat menunggu yang berada di sebelah kanan. Tempat kaunter adalah di sebelah kiri. Ini adalah untuk mengelakkan daripada berlakunya kesesakkan di tempat kaunter itu nanti.
Apabila nombor anda naik di screen, proceed ke tempat kaunter tadi. Di sini, anda perlu menyerahkan DS-160 confirmation page, sekeping gambar bersaiz us visa, I-20, passport, appointment confirmation page, dan Sevis Receipt. Sambil-sambil dia mengambil borang2 yang aku berikan, dia menyoal, " Have you ever been to US before?" and surely i said, "Never". Setelah petugas itu mengambil kesemua document tersebut, aku diminta untuk menunngu kembali di bilik menunggu.
Panggilan kedua pula. Aku pergi ke tempat yang sama cume kaunter yg berbeza. Kali ni, aku perlu meletakkan jari di atas scanner. Aku diminta untuk ikut arahan yang tertera diatas kertas yang disediakan. Walaupun ketika mengambil cap jari aku agak lambat kerana scanner itu mungkin tidak boleh nak detect, so aku terpaksa mengulangi kembali steps yg disebut. Tetapi, aku lagi pening sebab tak sempat aku nak betulkan jari jemari, petugas yg berwajah orang putih itu berkata dgn pantas,"please put ur right hand. no, no,no. No wonder it is wrong. You should put another... yes thats right.an please wait at the waiting room just now. Thank you." dan aku rasa he said those without breathing. Dasat tol. =_____=''
Selesai yang panggilan kedua, aku kembali ke tempat menunggu yang tadi. Sebenarnya, anda bebas untuk menunggu dimana-mana tempat yang berkerusi cume mungkin tempat yg berdekatan dgn kaunter adalah lebih diutamakan untuk kanak-kanak, orang tua, ibu mengandung dan orang kurang upaya.
Pada pukul 10.30pagi lebih kurang, nombor yang sama sekali lagi dipaparkan di screen yang sama. Ini adalah panggilan yang terakhir. Panggilan untuk visa interview. Pada ketika inilah kita boleh mengetahui on the spot sama ada kita berjaya untuk mendapat visa atau tidak. Sejujurnya, jantung aku berdegup kencang sejak masuk building tu lagi. Bermacam rentak dan irama dilagukan. Aku menanti diluar pintu yang transparent kerana ada orang yang masih lagi ditemubual. Dan keluar sahaja mamat tadi, aku melangkah masuk dengan doa semoga interview itu berjalan dengan jayanyaa. Tapi time msuk tu, alhamdulillah, kurang sedikit perasaan gemuruh yang membuak-buak dari hari sebelumnya.
"So, are you going to US to continue your study?"..me: "Yes".."Where are you going to study?" me:"Alohaa University" .."Owh, did you bring your letter from you sponsor and your final transcript?".. "Yeah, i did".. Aku pun bagi laa kedua-dua supporting documents yang aku bawak. "You did pretty well here" .. me:"haaha, thank you sir" suspen je, ingatkan dia nak cakap apa. Alhamdulillah when i heard his next sentence,"Your visa has been approved.Your passport will be delivered to your address stated here." as he pointed on the appointment page. Tak sampai 3 minit pun dan interview tadi berakhir...
Selang sehari je aku sampai rumah, pagi2 lagi dah ade postmen ketuk pintu. Aku ingatkan sape pulak buat online shopping ni. Alhamdulillah, aku dah dapat balik passport yg ditampal US visa page di dalamnyer.