Thursday, 25 July 2013

Am I ready for this?

Tengah seronok-seronok melepak tepi katil petang tadi, tiba-tiba phone berbunyi menandakan ada satu notification. Aku hanya memandang phone tersebut kerana sambil memikirkan kebarangkalian kandungan notification itu. Ahh, buang masa je nak pikir. Tengok je la terus. Rupa-rupanya, itu adalah email dari Mara untuk pelajar-pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara. Aku tersenyum, kerana persoalan-persoalan yang sering dibangkitkan dalam perbincangan keluarga kini terjawab. Lepas ni senang laa nak bagitau mak dgn abah, monolog hatiku. 

Namun begitu, terdetik juga kerisauan jauh dilubuk hati mengenai tempat serta suasana yang bakal ku tempuhi. Perasaan seronok memang tidak dinafikan, tetapi bila memikirkan tentang realiti yang diriku bakal ke tempat yang jauh dari keluarga, sahabat dan tanah air, membuatkan diri berasa gelisah. Apakah aku mampu untuk ke sana? bukan perjalanan 2-3 jam, tapi perjalanan yg mengambil masa dalam 2-3 hari untuk sampai ke negara tersebut. Dan semestinya aku juga mengetahui, kerisauan itu juga melanda ibu bapa ku. Mungkin, kerisauan itu ibubapa ku sembunyikan demi melihat kejayaan anaknya. 

" Mampukah aku Ya Allah? Am I ready for this? " kata-kata yang seringkali berlagu-lagu dalam benak fikiranku. Mungkin ini juga salah satu medium untuk aku menjadi lebih dewasa dan berfikiran lebih matang. Siapa tahu aku mampu membina jati diri lebih baik di sana dan di sana mungkin tempat untuk aku bermujahadah diri. "Bantulah hambaMu ini Ya Allah, tenangkanlah hati ini Ya Allah, berikanlah kekuatan untuk ku menghadapi hari-hari yang mendatang sekiranya diizinkanMu," 


No comments:

Post a Comment