Alhamdulillah (praise to Allah) , penantian yang selalunya dikaitkan dengan penyeksaan, sememangnya kini semakin kurang beratnya. Walaupun peratusan besar berjaya untuk meneruskan impian yang dibawa sejak keluar keputusan untuk meneruskan pelajaran ke tempat tidak pernah tergapai oleh diri. Dan di situ bermulalah tertanamnya satu cita-cita apabila peluang diberikan jelas terbentang berada dihadapan mata. Peluang yang mungkin hanya datang sekali. Namun, apabila peluang yang diberikan tidak digunakan sepenuhnya, impian yang digalas selama bertahun itu akan terkubur bersama harapan yang selalu dibakar bersama semangat yang berkobar-kobar.
Tetapi, dengan izinNya, impian yang pada mulanya kelihatan malap dan hampir terpadam dek kerana takdir yang kurang menyebelahi diri. Mungkin jugak kerana kekurangnya yang datang dari diri sendiri atau mungkin Allah menjanjikan sesuatu yang lebih baik untuk hamba-hambaNya. and no doubt for that. Dan kerana izinNya juga, aku dikurniakan sahabat yang sememangnya tidak tahu erti putus asa dan tidak sesekali memadamkan impian serta cita-citanya andai kata perkara itu belum ternyata mustahil. Baginya, tidak ada benda yang mustahil di dunia ini melainkan sudah suratan takdir yang menentukan. Tambahan juga, rakan-rakan yang sangat-sangat supportive dan memahami merupakan antara faktor dan penyebab untuk aku tidak sesekali leburkan harapan untuk menggapai impian itu.
Dan sekali lagi syukur ke hadrat Ilahi, aku kini semakin yakin dan kukuh dengan pendirian untuk meneruskan cita-cita yang terberhenti seketika. Mungkin Allah mahu aku memahami tujuan serta matlamat yang bakalku bawa sepergianku di sana. Mungkin juga Allah mahu memberikan peluang untuk aku memperbaiki kesilapan serta kekurangan diri kerana di sana cabarannya lebih besar dan getir kalau hendak dibandingkan di tempat aku berada sekarang. "comfort zone"
Semoga perjalanan yang bakal aku lalui selepas ini diredhai oleh Allah swt. dan sentiasa berada dalam perlindunganNya. Insyaallah. Masa depan yang hanya mampu dirancang namun akhirnya Allah lebih mengetahui.
No comments:
Post a Comment